2 warga Vietnam, 1 Bangladesh maut dalam kejadian berbalas tembakan di Pahang

12 Mar 2024 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUANTAN: Tiga penjenayah dikenali sebagai anggota ‘Geng Centro’ yang disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah masuk kedai emas melibatkan jumlah kerugian lebih RM4 juta ditembak mati, dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di KM 17 Jalan Pekan – Kuantan Bypass semalam.

Dua lelaki warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh masing-masing berusia 36, 44 dan 38 tahun itu ditemukan maut di dalam kenderaan jenis Proton Waja, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata di awal kejadian sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dan Pahang mengesan kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang, Pekan.

Suspek diminta untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan, namun mereka yang dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan jenayah di Pekan itu memecut kenderaan untuk melarikan diri.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek menghimpit serta melanggar belakang kenderaan polis sehingga kereta suspek terhenti, dan ketika polis hendak membuat pemeriksaan, secara tiba-tiba suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Bagi tujuan mempertahankan diri pihak polis membalas tembakan sehingga suspek tumpas, dan susulan pemeriksaan di dalam kereta, polis menemukan sepucuk pistol jenis Glock 17 beserta tujuh peluru dan tiga kelongsong peluru,” katanya pada sidang media di IPK Pahang.

Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan dimiliki warga Bangladesh itu membawa kepada penemuan beberapa barangan seperti mesin gerudi dan mesin grinder, parang serta tukul besi.

Yahaya berkata dua lelaki warga Vietnam itu mempunyai pasport dan memasuki negara ini sebagai pelawat, manakala siasatan lanjut latar belakang suspek warga Bangladesh masih dijalankan.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan penjenayah ini adalah memecah masuk kedai emas melalui pintu hadapan atau belakang serta menebuk peti besi menggunakan mesin grinder sebelum melarikan barang berharga.

Dengan tumpasnya geng berkenaan, Yahaya berkata polis berjaya menyelesaikan enam kes samun dan pecah masuk kedai emas sejak Jun 2023 iaitu masing-masing satu di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang manakala tiga kes di Perak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.