20 kawasan di Sabah lokasi panas wabak denggi

21 Feb 2023 • 12:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan empat lagi lokasi panas wabak itu di Tawau selain masing-masing dua di Kota Kinabalu dan Lahad Datu serta satu di Papar.

“Jumlah keseluruhan kes denggi di Sabah setakat semalam (Ahad) ialah 1,685 dengan tiga kematian direkodkan.

“Daerah Sandakan mencatat jumlah tertinggi kes wabak denggi sebanyak 483 diikuti Tawau 308 dan Kota Kinabalu 270 kes,” menurut kenyataan itu.

Lokasi panas wabak denggi di Sandakan ialah Taman Mawar, Sendang, Indah Jaya Fasa 6 & 7, Taman Rimba, Bandar Ramai-Ramai, Kampung Berhala Darat Zon 8, Taman Samudera (TLDM), Taman Tat Fui Yen Batu 8, Taman Megah, Indah Jaya Fasa 9 dan Sri Taman.

Empat lokasi panas denggi di Tawau pula ialah T832 Tg Batu Kg Pukat Laut (Jikan), Jk30 Kg Jawa Lama Jln Mansor, AP20 Taman Berjaya dan JU44 Kampung Baru Pasir Putih (Mawar) serta dua di Kota Kinabalu iaitu Kepayan Rumah Murah PH2 dan Kampung Tebobon.

Kenyataan itu juga menyebut terdapat 76 kluster wabak denggi aktif di Sabah iaitu 25 di Sandakan diikuti Tawau (20), Kota Kinabalu (12), Lahad Datu (6), Penampang (3), masing-masing dua di Putatan, Kunak dan Semporna serta masing-masing satu di Tuaran, Papar, Kudat dan Pitas.

JKNS turut merekodkan wabak denggi tak terkawal di dua kawasan penempatan di daerah Tawau serta masing-masing satu di Sandakan dan Putatan.

“Mari kita amalkan 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes, urus sampah anda dan jadilah insan bertanggungjawab bagi mencegah jangkitan denggi berbahaya ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.