20 Remaja Sabah Masuk Hospital, Minum Cat ‘Thinner’

12 Jun 2023 • 2:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelajar minum ubat pencair cat di daerah Pitas

20 Remaja Sabah Masuk Hospital, Minum Cat ‘Thinner’. Baru-baru ini, seorang penoreh getah, Martin Laissu masih tidak faham mengapa remaja di daerah Pitas berani minum ubat pencair cat atau lebih dikenali sebagai ‘thinner’, termasuk anaknya sendiri, lapor sumber.

“Saya tidak faham mengapa dia melakukan itu. Maksud saya, saya tidak faham mengapa ada orang memikirkan idea sedemikian. Mungkin mereka mencabar satu sama lain,” kata lelaki berusia 44 tahun itu.

Anaknya tidak sedarkan diri

Anak lelaki Martin, yang berusia 17 tahun dan anak sulung daripada lima adik-beradik, tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II.

Sementara itu, Martin menyatakan bahawa anaknya seorang yang baik dan penyayang serta dia bukan seorang yang terjerumus dalam perbuatan berbahaya itu.

image is not available
Gambar hiasan. vocket

“Saya tidak salahkan warden asrama kerana mana tahu mereka sudah mencampurkan minuman thinner dan berkarbonat dalam botol air,” katanya ketika ditemui di hospital pagi semalam.

Difahamkan, remaja tersebut mencampurkan minuman berkarbonat dengan thinner

Anak lelakinya adalah antara 20 remaja berusia antara 13 dan 17 tahun yang jatuh sakit selepas mengambil minuman berkarbonat yang dicampur dengan thinner pada 6 Jun lalu. Mereka dihantar ke hospital pada 8 Jun apabila keadaan mereka semakin teruk.

“Doktor memberitahu saya dan isteri bahawa jantung dan organ lain berfungsi dengan baik, tetapi mereka memantau buah pinggangnya,” katanya.

Menunjukkan tanda sedar

Bahkan, dia memaklumkan anaknya menunjukkan tanda-tanda sedar tetapi doktor memutuskan untuk membiarkannya tidur lebih lama kerana ia lebih baik untuk proses pemulihannya.

Dalam pada itu, dia ingin tahu mengapa pelajar-pelajar tersebut melakukan perkara bahaya itu, namun dia tidak akan memarahi anaknya kerana apa yang penting ialah anaknya pulih.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: kthpaint

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Zairolnizal Ishak berkata kes itu diletakkan di bawah Jabatan Kesihatan dan Pendidikan kerana tiada unsur jenayah.

4 pelajar separuh kritikal dirawat hospital berbeza

Difahamkan, empat lagi pelajar yang juga dalam keadaan separuh kritikal sedang dirawat di hospital berbeza.

Bagi pelajar yang lain, ada yang masih dirawat di Hospital Pitas manakala yang lain telah dikeluarkan dan pulang ke rumah.

Baca juga artikel yang berkaitan: