20 terbunuh selepas van terhumban ke dalam parit di Sindh Pakistan

18 Nov 2022 • 4:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISLAMABAD: Seramai 20 terbunuh dan 13 lagi cedera apabila sebuah van penumpang terhumban ke dalam parit di kawasan Sehwan di wilayah Sindh di selatan Pakistan, menurut laporan tempatan pada Jumaat.

Pihak berkuasa membina beberapa parit dua bulan lalu untuk mengalirkan air banjir, lapor Xinhua.

Van itu dilaporkan terhumban ke dalam satu daripada parit berkenaan.

Lebuh raya itu masih ditutup akibat banjir dan baru-baru ini dibuka kepada lalu lintas selepas air banjir mula surut.

Polis berkata bahagian lebuh raya di lokasi kemalangan itu berlaku merupakan jalan terhad dan terdapat lencongan yang mungkin tidak disedari pemandu kerana memandu terlalu laju.

Mereka yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak dan dihantar ke hospital berhampiran, sebahagiannya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa yang maut dan cedera adalah saudara-mara yang dalam perjalanan ke sebuah kuil di Sehwan.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved