200,000 orang bergelap di Ukraine ketika suhu beku

31 Oct 2026 • 5:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 200,000 orang bergelap di Ukraine ketika suhu beku

KYIV – Lebih 200,000 orang masih terputus bekalan elektrik di wilayah Dnipropetrovsk, tengah Ukraine, kata pihak berkuasa semalam, sehari selepas serangan dron Russia menyasarkan sebuah stesen keretapi di sana.

Tentera udara Ukraine berkata, Russia menggunakan peluru berpandu balistik dan dron untuk menyerang beberapa wilayah dalam tempoh semalaman, termasuk Dnipropetrovsk, menyebabkan ibu negerinya, Dnipro mengalami gangguan bekalan elektrik meluas.

Syarikat tenaga DTEK berkata, pengendali grid Ukrenergo telah mengarahkan pemotongan bekalan elektrik kecemasan di seluruh bandar, serta di daerah berhampiran dan sebahagian daerah Pavlograd.

“Peralatan di wilayah ini rosak teruk akibat serangan musuh,” katanya.

Serangan Russia kerap berlaku menjelang musim sejuk, menyebabkan bekalan pemanas dan elektrik kepada jutaan penduduk terputus semasa suhu mencecah paras beku.

Gangguan bekalan elektrik di Dnipro itu berlaku selepas dron Russia menghentam platform keretapi yang sibuk di sana pada Khamis lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 12 lagi cedera, dalam serangan disifatkan oleh Presiden Volodymyr Zelensky sebagai ‘mengerikan’. – AFP

The post 200,000 orang bergelap di Ukraine ketika suhu beku appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved