200,000 penerima dapat bantuan Rahmah RM600 mulai Isnin

14 Jul 2023 • 7:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 14 JULAI: Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini, bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian itu merupakan antara pengumuman yang dibuat menerusi aspek Perlindungan Sosial Untuk Rakyat Memerlukan sebagai langkah awal merealisasikan Naratif Ekonomi Madani sebelum pembentangan Belanjawan Madani 2024 Oktober depan.

“Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Perincian berhubung program SARa akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini hari ini.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved