200 hadiri rumah terbuka raya TYT

25 Mar 2026 • 3:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Kira-kira 200 tetamu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Kampung Bingkul pada Isnin.

Ketibaan Tun Musa di Kampung Bingkul pada jam 11.30 pagi disambut oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih.

Majlis yang berlangsung mulai jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang itu diadakan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran pemimpin setempat, keluarga terdekat dan sahabat handai.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Limus Jury dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun.