200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir

5 Nov 2023 • 10:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.

Beliau berkata sebanyak 14 rumah di Taman Semenyih Indah membabitkan 50 orang dinaiki air setinggi 1.5 meter dan trend air semakin menurun.

“Di Kampung Bangi Lama, pasukan bomba membantu memindahkan kira-kira 50 mangsa daripada 10 keluarga selepas 10 kediaman dinaiki air hingga paras pinggang… trend air semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahmad Mukhlis berkata 100 mangsa di Kampung Bangi Lama berpindah sendiri ke tempat selamat.

Menurutnya setakat ini semua mangsa dipindahkan ke Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved