
SANDAKAN: Seramai 200 peserta dari lapan sekolah rendah dan menengah sekitar Sandakan telah menyertai Kem JOTA (Jamboree on the Air) JOTI (Jamboree on the Internet) pada 20-22 Oktober di Taman Alam Semulajadi Pengakap Gilwell, di sini.
Peserta datang dari Maktab Rendah Sains Mara Tun Mohammad Fuad Stephens, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan, SMK Elopura Bestari, SMK Libaran, Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuyan Laut, SK Sibugal Besar, SK Ladang Sandak dan SK Sg Manila.
Dianjurkan oleh Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga, Kem JOTA JOTI ini dilaksanakan dengan bantuan dan kerjasama 12 pengendali JOTI dan enam ahli dari Amateur Radio.
Sepanjang perkhemahan selama tiga hari dua malam itu, peserta mempelajari Abjad Fonetik (Semaphore), Kod Morse serta penggunaan Radio Amatur (JOTA) dan internet (JOTI).
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Menurut penyelaras perkhemahan, Mohd Azri Ibrahim, JOTA JOTI memberi peluang kepada pengakap terbabit berinteraksi dengan pengakap di negara lain.
“JOTA JOTI ialah aktiviti pengakap terbesar di dunia. Peserta diberi peluang untuk mempelajari Abjad Fonetik dan Kod Morse yang merupakan mesej paling ringkas, mudah dan pantas untuk dihantar pada bila-bila masa.
“Dengan tanda panggilan 9M6SJG, Stesen Sibuga berjaya merekodkan interaksi dan perhubungan paling jauh untuk JOTA dengan pengakap di Indonesia dan Sarawak, dan bagi JOTI sebanyak 57 negara,” katanya.
Majlis penutupan perkhemahan itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga, Mohd Sofiee Ag Basrih.
Mohd Sofiee berkata Kem JOTA JOTI memberi peluang kepada ahli pengakap menimba ilmu dan meneroka teknologi, selain dapat mengembangkan kemahiran insaniah seperti kesedaran budaya, pembangunan toleransi, perkongsian idea dan juga semangat kerja berpasukan.
“Dengan adanya program seperti ini, semua ahli pengakap pelbagai peringkat dapat berkumpul dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.
“Justeru, hubungan ini diharap dapat membentuk kerjasama yang erat dalam kalangan pemimpin pengakap bagi menjayakan program-program seterusnya,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
