200 terputus bekalan air paip selama empat hari

26 May 2024 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Lebih kurang 200 penduduk Kampung Padang dekat sini mengadu tidak mempunyai bekalan air bersih selama empat hari sehingga Sabtu.

Seorang penduduk, Hamdzah Amin berkata ada kemungkinan bekalan air di kampung ini terputus disebabkan ada batang paip utama yang pecah.

Katanya, dalam tempoh ketiadaan bekalan air bersih sebahagian penduduk mendapatkan air di rumah keluarganya yang menggunakan telaga tiub.

“Mujurlah saya buat telaga tiub itu sejak 2002 dan inilah tempat sebahagian penduduk mendapatkan air jika bekalan air daripada Jabatan Air terputus,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Menurut Hamdzah, keluarganya hanya menggunakan bekalan air dari telaga tiub yang dibinanya dengan usaha sendiri.

“Dengan adanya telaga tiub ini keluarga saya tidak menyambung paip daripada Jabatan Air sehingga hari ini (Sabtu),” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, semua penduduk kampung ini bergantung dengan bekalan air bersih daripada paip Jabatan Air.

Justeru itu, beliau berharap Jabatan Air dan pihak berkenaan mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah air di kampung ini.

Dalam perkembangan lain, Hamdzah memberitahu kampung yang sudah wujud sejak tahun 70an itu lagi kini belum ada Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Katanya, pada masa ini ia masih di bawah jagaan pentadbiran Kampung Bayangan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Haji Yazid Mohd Jasmani Tawik @ Charles meminta Jabatan Air agar membuat pemeriksaan batang-batang paip yang sudah lama.

Katanya, ada terdapat batang-batang utama paip yang sudah melebihi tempoh 20 tahun.

“Jabatan berkenaan perlu membuat pemantauan saluran batang-batang paip secara berkala bagi mengesan batang-batang paip yang tidak atau bocor,” katanya.

Katanya, pemeriksaan terperinci perlu dilakukan supaya laporan dapat dikemukakan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

Beliau tidak menolak Kampung Padang terputus bekalan air disebabkan terdapat batang paip utama bocor.

Katanya, ini kerana sebelum ini terdapat batang paip yang bocor dan yang terbaharu kebocoran batang paip di jalan Bingkor - Bunsit.

“Namun kebocoran itu telah dibaiki oleh pihak yang berkenaan pada pagi Sabtu,” jelasnya.

Tinjauan yang dibuat pada Sabtu juga mendapati suatu majlis perkahwinan di Kampung Padang turut terjejas dengan masalah bekalan air terputus itu.

Mujurlah terdapat telaga tiub Hamdzah yang membantu menyalurkan air untuk keperluan majlis itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.