SANDAKAN: Seramai 208 tahanan warga Filipina diusir pulang pada Program Pengusiran Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri 10 untuk kategori usir melalui laut bagi 2022 pada Jumaat melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, ini juga merupakan program pengusiran kedua dijalankan pada September bagi warganegara Filipina.
