20dB Hearing tawar rawatan telinga terbaik kepada penduduk Segamat

Business & Finance
19 Apr 2025 • 8:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kor Sim (dua dari kiri) merasmikan pembukaan cawangan baharu 20dB Hearing di Segamat pada Sabtu.

image is not available
Kot Sim (tiga dari kanan) bersama tetamau VIP dan kakitangan 20dB Hearing mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke cawangan baharu mereka di Segamat.

image is not available
KOR SIM

image is not available
Kor Sim tidak ketinggalan melakukan pemeriksaan telinga.

image is not available
MUHAMMED AIDIL HAIKAL

image is not available
Siti Rohana

image is not available
Pemeriksaan telinga kepada orang ramai pada hari pembukaan 20dB pada Sabtu.

SEGAMAT - Pembukaan 20dB Hearing di daerah ini dilihat bakal membantu memudahkan urusan orang ramai bagi mendapatkan rawatan pendengaran terbaik.

Bagi Mohd Akbar Khaidir, 39, kewujudan 20dB ini sememangnya dinanti-nantikan penduduk bagi mendapatkan rawatan pendengaran masing-masing.

**media[3091691]**

Katanya, kewujudan 20dB Hearing sememangnya memberikan kelegaan kepada orang ramai yang tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan rawatan.

"Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan berada di 20dB Hearing cawangan Segamat yang baru saja dirasmikan pada hari ini (Sabtu).

"Sebelum ini kalau kita ada masalah pendengaran dan juga apa pun masalah telinga, kita kena pergi jauh dari Segamat dan paling dekat pun di Melaka.

"Jadi dengan adanya 20dB Hearing di Segamat ini saya nampak memang sangat-sangat memudahkan. Jadi warga Segamat jom datang beramai-ramai ke 20dB Hearing yang berada di Bandar Utama," katanya.

**media[3091685]**

Seorang lagi penduduk, Siti Rohana Ali, 26, berkata, memang banyak kelebihannya apabila premis seperti 20dB Hearing diwujudkan di Segamat.

Katanya, kewujudannya memang sangat-sangat membantu penduduk Segamat bagi melakukan pemeriksaan telinga khususnya.

"Hari ni saya datang ke klinik 20dB Hearing cawangan Segamat. Sebelum ni tak ada pusat macam ini di sini. Jadi, kena pergi jauh sampai Melaka.

"Oleh itu memang banyak kelebihan sebab selain buat pemeriksaan, kita juga boleh buat rawatan telinga di sini," katanya.

**media[3091687]**

Dalam pada itu, Pegawai Pemulihan Pendengaran 20dB, Muhammed Aidil Haikal Ayob, 24, berkata, pembukaan cawangan 20dB Hearing cawangan Segamat secara keseluruhannya bertujuan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan terbaik bagi masalah pendengaran.

**media[3091688]**

Malah katanya, dalam masa sama, 20dB Hearing juga mahu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan pendengaran.

"Kalau dilihat, di sini, kita ada buat ujian pendengaran bagi melihat samada pendengaran seseorang itu normal atau tidak.

"Selain itu kita juga cuba mencari penyelesaian sekiranya terdapat masalah pendengaran pesakit dengan bantuan pelbagai alat bantu pendengaran," katanya.

**media[3091686]**

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Jementah, Ng Kor Sim menyifatkan pembukaan 20dB Hearing di kawasan berkenaan bukan sahaja memberikan kemudahan tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Katanya, penduduk juga tidak perlu lagi mendapatkan rawatan khususnya bagi telinga di lokasi yang agak jauh seperti sebelum ini.

**media[3091689]**

"Akhirnya kita sudah ada premis 20dB Hearing di Segamat dan saya harap ini boleh membantu lebih ramai penduduk di sini untuk dapatkan rawatan.

"Jadi tak payahlah mereka susah-susah pergi buat pemeriksaan sampai Melaka ataupun Kuala Lumpur," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved