21 dulang emas bernilai RM9.7 juta dilarikan 4 lelaki bersenjata

Local
17 Apr 2026 • 10:23 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Rakaman CCTV menunjukkan empat lelaki bersenjata pistol melakukan rompakan di kedai emas di Jalan Tun Sambanthan.

Tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi kira-kira tiga minit memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata pistol melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, sekumpulan empat lelaki bersenjatakan dua pistol dilaporkan memasuki premis sebelum mengacukan senjata terhadap pekerja dan pengawal keselamatan.

Suspek kemudian bertindak melarikan 21 dulang emas dengan anggaran berat kira-kira 15 kilogram, dianggarkan bernilai RM9.7 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi dan siasatan segera dijalankan di lokasi.

“Suspek yang belum dikenal pasti itu melarikan 21 dulang emas dengan nilai kira-kira RM9.7 juta. Selain itu, mereka turut melarikan selaras senapang patah bersama sebutir peluru milik pengawal keselamatan,” katanya.

Baca juga:

Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan kesemua suspek sedang giat dijalankan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

The post 21 dulang emas bernilai RM9.7 juta dilarikan 4 lelaki bersenjata appeared first on The Reporter.

View Original Article