21 mangsa banjir di Segamat ditempatkan di dua PPS

2 Nov 2022 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di kawasan terjejas akibat banjir di Kampung Seberang Badak, Segamat pada Rabu

SEGAMAT - Bilangan mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 21 orang daripada enam keluarga yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan, pertambahan mangsa banjir itu melibatkan empat mangsa banjir daripada sebuah keluarga dari Kampung Kuala Paya.

"Mereka dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Kuala Paya pada jam 2 petang tadi. Sementara17 lagi mangsa banjir dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

"Mereka dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak pada jam 8 pagi tadi," menurut kenyataan tersebut.

JPBD memaklumkan, semua mangsa banjir itu dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan banjir kilat yang berlaku.