21 model China serlah pesona cheongsam di pentas SICC

LocalWomen's Fashion
10 Nov 2026 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

21 model China serlah pesona cheongsam di pentas SICC

SERAMAI 21 model dari Changchun, ibu negeri Wilayah Jilin di timur laut China, memukau penonton apabila memperagakan pakaian tradisional cheongsam yang diperbuat daripada sutera dengan sentuhan moden secara penuh bergaya dan anggun pada Pertunjukan Fesyen Catwalk Cheongsam Cina yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), baru-baru ini.

SALAH satu rekaan cheongsam oleh Fiona Huang.Koleksi kreatif itu direka oleh Fiona Huang, 27, yang berasal dari Quanxi dan pernah melanjutkan pengajian dalam bidang reka bentuk fesyen di Itali selama empat tahun sekali gus membolehkannya memberi sentuhan moden kepada cheongsam tanpa mengetepikan elemen klasik pakaian tradisional berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki memainkan peranan penting dalam membawa masuk model dari China itu sebagai sebahagian daripada acara tahunan Big Sabah Sale anjuran SICC.

Presiden Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (Swepa) Betty Epin berkata beliau bersama ahli persatuan itu teruja menyaksikan persembahan anggun model-model yang memperagakan cheongsam sutera dengan gabungan keanggunan tradisional dan reka bentuk moden pada pertunjukan fesyen berkenaan.

“Ini merupakan peluang yang jarang diperoleh pemimpin dan ahli Swepa untuk beramah mesra dengan delegasi yang berkunjung menerusi majlis minum petang Cheongsam yang dianjurkan bersama oleh kami,” katanya.

Pengerusi Penganjur Lai Fui Nar turut merakamkan penghargaan kepada Rosmawati kerana memberi peluang kepada Swepa untuk menjadi penganjur bersama pertunjukan fesyen ‘catwalk’ itu yang dikhaskan untuk ahli dan rakan persatuan berkenaan.

Koreografer peragaan fesyen Weijia Li ketika ditemu bual berkata koleksi pakaian berpotongan moden yang diperagakan model direka khusus untuk golongan wanita berusia.

Menurutnya, pengaruh ibunya mendorong beliau menceburi bidang peragaan fesyen, sambil menambah bahawa ibunya yang meninggal dunia tujuh tahun lalu juga pernah menjadi model ketika zaman mudanya.

Ketika ditanya mengenai rahsia mengekalkan penampilan awet muda meskipun berusia 63 tahun, Li berkata: “Saya rasa ia disebabkan faktor genetik. Saya percaya bidang peragaan fesyen yang membuatkan saya kekal muda.”Beliau berkata tanggapan pertamanya terhadap wanita Sabah ialah mereka bersopan santun, berbudi bahasa dan mempunyai mata yang cantik.

Turut hadir ialah Penyelaras Pertunjukan Fesyen Dato’ Paduka Rehan Rahim, Pengurus Acara Chan Kay Yi, bekas presiden Swepa Wynnie Jong, Lai Fui Nar dan Sitti Bahaya Hj Damsal serta Pengasas Zara’s Boutique Hotel Datuk Eliza Goh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved