212 pekerja gesa campur tangan pihak berkuasa tangani kemelut dalaman YUM

LocalPolitics
26 Aug 2024 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Aishah Abdullah

Kota Kinabalu: Seramai 212 pekerja Yayasan Usaha Maju (YUM) menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk campur tangan dan membantu menyelesaikan krisis dalaman agensi tersebut.

Mereka tidak memperincikan secara lanjut kecuali bahawa jika tidak dilakukan, ia akan memusnahkan keseluruhan pengurusan dan operasi YUM.

Sasaran mereka adalah seorang pegawai kanan YUM, berhubung dakwaan ketidakmampuannya untuk mengurus YUM dengan baik.

YUM, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Sabah, beroperasi dengan baik selama 35 tahun dan tidak pernah mengalami masalah yang memerlukan bantuan dari pihak luar, sehinggalah krisis ini timbul, dakwa mereka.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Sehingga 15 Ogos 2024, senarai penandatangan adalah sebanyak 812 orang dan dijangka akan meningkat,” kata satu kenyataan pada Ahad.

“Selepas wujud selama 35 tahun, kami merasakan dasar menjadikan YUM menguntungkan dari golongan miskin adalah tidak bijaksana, apatah lagi YUM adalah sebuah jentera kerajaan yang sepatutnya membantu mereka,” kata seorang sumber.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.