22 hektar tanah rizab Melayu dinyahwarta bagi projek SABDA

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 5:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Tanah rizab Melayu SABDA

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menyahwartakan kira-kira 22.42 hektar tanah rizab Melayu di Sabak Bernam bagi pembangunan dalam pelan Wilayah Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) sejak 3 September lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penyahwartaan itu dibuat bagi membangunkan Anjung Utara Selangor untuk meningkatkan makanan serta menggapai potensi agro-pelancongan di Pesisir Pantai Barat.

“Ia sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan bagi warga tempatan.

“Bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan tempatan serta kepentingan tanah rizab Melayu, tanah dengan keluasan yang sama iaitu 55.401 ekar (22.42 hektar) di Hulu Selangor turut melalui proses pewartaan sebagai tanah rizab Melayu (yang baharu),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, usaha pembangunan projek SABDA diterajui oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

“Turut melibatkan komuniti tempatan seperti nelayan dan usahawan serta pihak akademia,” ujarnya.

Amirudin menambah, sejak tahun 2018, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor di bawah pentadbiran ini telah meningkat sebanyak 1,084.56 hektar berbanding kerajaan terdahulu, iaitu dari 162,162 hektar kepada 163,246.55 hektar. – UTUSAN

The post 22 hektar tanah rizab Melayu dinyahwarta bagi projek SABDA appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved