22 Individu Termasuk CEO GISBH Dan Isteri Didakwa Terlibat Dengan Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

LocalPolitics
23 Oct 2024 • 12:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof, telah didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan BERNAMA, anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmimi turut didakwa bersama 19 individu lain.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Individu lain yang didakwa ialah Mohd Shukri Mohd Noor, Muhammad Afdaluddin Latif, Mohamad Sayuti Omar, Mohd Fazil Md Jasin, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, Mokhtar Tajuddin, Muhammad Fajrul Islam Khalid, Abu Ubaidah Ahmad Sukri, Shuhaimi Mohamed, Hasnan Abd Hamid dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Beberapa tertuduh lain termasuk Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, Nur Jannah Ommar, Hamimah Yakub, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, Nurul Jannah Idris, Siti Salmiah Ismail, Siti Hajar Ismail dan Mahani Kasim.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Kesemua tertuduh tersebut menyatakan mereka faham selepas pertuduhan dibacaan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun, secara berasingan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sumber: BERNAMA