22 maut dalam nahas jalan raya di Guinea

7 Nov 2022 • 4:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

CONAKRY (Guinea): Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lapan lagi cedera pada Ahad apabila bas mini yang membawa beberapa pelajar bertembung dengan sebuah trak di wilayah Kindia di barat Guinea.

Tragedi itu berlaku di jalan utama dari Conakry ke Kindia. Trak berkenaan datang dari wilayah jiran Mamou Kindia, lapor Xinhua memetik kenyataan kerajaan peralihan Guinea.

“Perkhidmatan khusus telah digerakkan untuk membantu keluarga yang kehilangan manakala yang cedera dirawat di hospital wilayah Kindia,“ kata jurucakap kerajaan Ousmane Gaoual Diallo.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan.-Bernama