22 Maut, Pejabat Palang Merah Di Gaza Rosak Terkena Serangan

22 Jun 2024 • 1:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

22 Maut, Pejabat Palang Merah Di Gaza Rosak Terkena Serangan

GENEVA, 22 Jun (Bernama-Anadolu) — Peluru berkaliber yang mendarat beberapa meter dari Pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Semenanjung Gaza pada Jumaat mengorbankan 22 nyawa yang berlindung di kemudahan itu, lapor Agensi Anadolu.

“Serangan itu merosakkan struktur pejabat ICRC yang dikelilingi oleh ratusan orang awam yang hilang tempat tinggal termasuk ramai rakan sekerja Palestin kami,” menurut ICRC dalam satu kenyataan.

Insiden itu menyebabkan hospital medan Palang Merah berhampiran menerima 22 mayat dan 45 cedera, dengan laporan terdapat lebih ramai mangsa.

“Serangan yang begitu hampir dengan struktur bangunan Palang Merah serta lokasinya diketahui oleh pihak bertelagah, meletakkan nyawa orang awam dan kakitangan Palang Merah dalam bahaya.

“Kejadian ini hanyalah satu daripada beberapa insiden yang terjadi beberapa hari kebelakangan ini, sebelum ini peluru sesat telah mengenai struktur ICRC.

“Kami mengecam insiden ini yang membahayakan nyawa manusia dan orang awam,” menurut ICRC.

Di bawah undang-undang antarabangsa, pihak yang terlibat dalam konflik mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan serangan terhadap orang awam dan kerosakan kepada harta benda awam termasuk kemudahan kemanusiaan, menurut Palang Merah.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved