22 syarikat produksi terima insentif tayang filem hampir RM2 juta

14 Nov 2023 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini menyerahkan Insentif Tayangan Filem Cereka 2.0 (ITFC 2.0) kepada 22 syarikat produksi keseluruhan berjumlah hampir RM2 juta.

ITFC merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan, secara tidak langsung menjana pembangunan industri filem melalui strategi galakan dan industri kepada penggiat industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata syarikat berkenaan berjaya menerbitkan 22 tajuk filem cereka yang berdaftar melalui Skim Wajib Tayang.

“Inisiatif ini boleh membantu penerbit di samping mendorong penggiat industri filem tanah air terus menghasilkan lebih banyak filem cereka,” katanya selepas menyampaikan insentif berkenaan di sini hari ini.

Selain itu, beliau menyeru penggiat industri filem supaya menghasilkan filem yang bermutu tanpa mengabaikan aspek memperkukuh identiti Malaysia dalam sesebuah karya.

Menurut Azmir Saifuddin ini sekali gus mempromosikan kekayaan budaya, bakat serta kreativiti dalam industri berkenaan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved