22 Tahun Selepas Muzik Video Debaran Cinta, Siti Nurhaliza Kembali ‘Bersatu’ Dengan Nicholas Saputra

EntertainmentMusic
10 Feb 2025 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi momen istimewa bersama pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra setelah sekian lama.

Difahamkan, kedua-duanya bertemu di dalam siaran akhir program realiti One In A Million malam tadi.

Kedua-duanya pernah berkolaborasi bersama-sama dalam satu muzik video lagu Siti Nurhaliza yang bertajuk Debaran Cinta pada tahun 2002 yang lalu.

Bertemu kembali dengan Nicholas Saputra di malam akhir OIAM. Saya membuat persembahan di pentas dan beliau pula menjadi juri.

Meskipun selepas 22 tahun video muzik Debaran Cinta, Alhamdulillah masih ramai yang mengingati kemunculan Nicholas Saputra dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terasa teruja melihat kedua-duanya bertemu kembali setelah hampir 22 tahun mereka berdua bekerjasama.

Malah, mereka turut memuji kedua-duanya tidak kelihatan tua dan masih ‘baby face’ meskipun telah dua dekad berlalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Kembali Aktif Berlakon Filem, Da'i Syed Ucap Rasa Syukur - "Saya Hanya Menumpang Rezeki Isteri Dan Anak"