
TAWAU: Sejumlah 23,000 kilogram (kg) garam beriodin dianggarkan bernilai RM60,000 keluaran sebuah kilang di sini, disita Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau untuk pelupusan selepas didapati mengandungi jumlah iodin yang rendah iaitu 12mg/kg.
Difahamkan, kes tersebut melibatkan pelupusan barang sitaan terbesar direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara, setakat ini.
Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Shameer Khan berkata, perkara itu susulan keputusan kes pendakwaan ke atas syarikat tersebut di Mahkamah Majistret Tawau, pada Khamis atas kesalahan mengilang untuk jualan garam beriodin yang dianalisa mengandungi 12mg/kg iodin.
Syarikat terbabit, Heng Say Enterprise Sdn Bhd dijatuhkan hukuman denda RM10,000 oleh Majistret Don Stiwin Malanjum. Syarikat berkenaan membayar denda tersebut.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurutnya, di bawah Akta Peraturan Pemakanan 1985, Peraturan 285(1A) menjelaskan bagi tujuan kesihatan awam, jumlah kandungan iodin mestilah tidak kurang 20mg/kg dan tidak melebihi 40mg/kg.
Katanya, syarikat tersebut didapati melanggar Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dibaca bersama Peraturan 285 (1A) Akta Makanan 1985, apabila menjual garam berkenaan di pasaran.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
Dr Shameer berkata, dapatan tersebut merupakan hasil lawatan pemeriksaan ke atas kilang pengeluar garam oleh penguatkuasa PKK Tawau pada 2 April 2024 lalu yang mengambil sampel garam beriodin keluaran kilang itu, bagi tujuan analisis di makmal kesihatan awam.
“Hasil analisis makmal pada 29 Mei, mendapati garam yang diambil sampel itu mengandungi jumlah iodin yang rendah iaitu 12mg/kg,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
Kes itu disiasat Pegawai Penyiasat, Mohd Razzy Kasim, manakala, pendakwaan kes dikendalikan Cassidy Kassim.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
