23 bot pelancong dikompaun abai keselamatan

LocalTravel
24 Mar 2025 • 8:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Sebanyak 23 bot pelancong dikenakan kompaun kerana mengabaikan keselamatan pelancong yang mengunjungi pulau-pulau indah di sini dengan tidak mematuhi peraturan.

Secara keseluruhan, 66 bot pelancong telah diperiksa dalam “Ops Bersepadu” di perairan Tando Bolong yang dikendalikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Semporna, Lt (M) Muhammad Haris Azmi, berkata operasi ini turut melibatkan Polis Marin, Jabatan Imigresen serta Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

“Tindakan tegas ini membuktikan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam menegakkan undang-undang maritim, termasuk sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Menurut Muhammad Haris, operasi ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh kawalan keselamatan maritim dan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara, malah meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengusaha bot pelancong mengenai kepentingan keselamatan serta pematuhan peraturan.

Tegasnya, operasi seumpama itu akan terus dijalankan secara berkala bagi memastikan perairan Semporna selamat untuk semua.

“Operasi ini akan diteruskan sepanjang tahun sebagai langkah membanteras aktiviti haram dan memastikan perairan Semporna kekal sebagai destinasi pelancongan yang selamat,” katanya.

View Original Article