
TAWAU: Adun Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengagihkan 23 ekor lembu korban kepada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM), agensi keselamatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa persatuan di daerah ini, pada Jumaat.
Menurutnya, sumbangan itu diagihkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi mengeratkan lagi jalinan persaudaraan dengan antara pemimpin dengan masyarakat serta pasukan keselamatan.
“Pelaksanaan ibadah korban bukan sahaja mengukuhkan keimanan, tetapi mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi, selain memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami kepentingan berkorban.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ibadah korban membawa mesej besar dalam mengukuhkan lagi semangat kesatuan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat Islam, malah Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian.
“Bagi yang tidak dapat mengerjakan haji, ibadah korban adalah satu amalan yang sangat digalakkan bagi mereka yang berkemampuan,” katanya selepas penyerahan sumbangan lembu korban di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Jumaat.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu menggesa rakyat agar menghargai nikmat keamanan yang dikecapi negara sehingga membolehkan masyarakat meraikan sambutan keagamaan dengan aman damai.
“Kita bertanggungjawab menjaga nikmat yang kita ada.
“Semoga dengan program seperti ini, kita terus mengekalkan keamanan yang dinikmati hingga ke generasi akan datang,” katanya.
Pada majlis itu, Nizam diiringi isterinya, Datin Wahida Mardiana Norsalim mengagihkan lembu korban tersebut kepada penerima.



