23 Premis Judi Dalam Talian Sekitar Kuching Dipotong Bekalan Elektrik

12 Jun 2024 • 8:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas pihak berkuasa

23 Premis Judi Dalam Talian Sekitar Kuching Dipotong Bekalan Elektrik. Menurut laporan daripada Suara Sarawak, sebanyak 23 premis di kawasan Kuching telah diputuskan bekalan elektrik sejak Januari lepas kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, mendedahkan bahawa bekalan elektrik juga diputuskan di dua premis perniagaan di Jalan Padungan dan Jalan Stampin baru-baru ini.

image is not available
23 Premis Judi Dalam Talian Sekitar Kuching Dipotong Bekalan Elektrik. Sumber: Suara Sarawak

“Kami bersama pihak SESCO telah memotong bekalan elektrik di premis tersebut pada 10 Jun lalu kerana kedua-dua premis tersebut dijadikan pusat operasi judi dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahsmon, pemotongan elektrik ini dilakukan berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

Berdasarkan peruntukan seksyen tersebut, katanya, mana-mana premis yang bekalan elektriknya telah diputuskan tidak boleh disambung semula tanpa kebenaran bertulis daripada ketua polis daerah.

“Tujuan pelaksanaan undang-undang ini adalah untuk menghalang peningkatan aktiviti perjudian, terutamanya di daerah Kuching.

“Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian di daerah Kuching dan maklumat tersebut boleh disalurkan ke balai polis berhampiran,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: