23 PTI Filipina, Indo dipenjara

12 Aug 2025 • 2:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PTI) dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Noraisyah, Mohamad Andi, Martasesa, John Yulius, Wilfredo Valenzuela, Nelly Rinding, Yosua Upa, Mimi Tonding, Edmun Muntasil, Mursid Ahmad, Abd Shah Amin, Faisal Nur, Norhida, Aliyad, Lena Ismail Wariji, Aputti Kummih, Rudy Abdul Rasa, Taib Hasim, Sarah Bahri, Nurisah Taha, Asid Jakang, Nurainnie Paruk dan Kalma Minya, berumur antara 23 hingga 50 tahun.

PTI terbabit yang terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen sah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesemua mereka ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen di beberapa lokasi berasingan di Keningau dan Tenom antara 23 hingga 29 Julai tahun ini.

Semasa operasi, mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah kepada anggota penguatkuasa Imigresen.

Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, kesemua PTI itu memohon hukuman ringan dan dihantar pulang ke negara asal masing-masing secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh mereka ditangkap dan kesemua mereka dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk diusir selepas menjalani hukuman penjara.

Pegawai Pendakwa Mohd Sharifuddin Salim daripada Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.

View Original Article