
PETALING JAYA – Sebanyak 234 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip oleh kumpulan sukarelawan di kawasan padang di Klang, Selangor didakwa sering digunakan oleh warga asing.
Menerusi perkongsikan pengguna Threads Teachersyamil, padang berkenaan sebelum ini pernah dikongsikan seorang pempengaruh berhubung warga asing yang menggunakan lokasi tersebut.
“Ahad lepas kami berjaya mengutip 234 kg sampah di sekitar padang ini. Inilah padang digunakan oleh warga asing sehingga kotor.
“Insya-Allah kita akan rampas balik padang ni untuk kegunaan anak-anak warga tempatan kita semula. Terim kasih Generasi Peduli Sampah atas inspirasi ini, sumbangan Westports dan Rakan Masjid serta komuniti sekitar,” menurut hantaran itu.
Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang memuji tindakan sukarelawan tersebut serta mengecam pihak tidak bertanggungjawab mengotorkan padang berkenaan.
“Tahniah semua, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah. Demi masa depan anak-anak bangsa kita. Risau keadaan akan kembali kotor semula,” komen Eersansik.
“Warga setempat harus lebih tegas bersuara. Jangan minta dipijak-pijak oleh mereka. Jangan terlalu baik hati,” kata Edora1e.
“Hebat semuanya, harap lepas ni diorang tak kotorkan lagi kawasan tu,” kata Bungazahra253. – KOSMO! ONLINE
The post 234kg sampah dikutip di padang diguna warga asing appeared first on Kosmo Digital.



