239 warga Indonesia dihantar pulang

14 Sep 2024 • 2:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seramai 239 warganegara Indonesia dihantar pulang menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI), yang memasuki siri ke-14 tahun ini bagi kategori usir melalui laut.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kumpulan itu terdiri daripada 186 lelaki, 41 wanita dan 12 kanak-kanak, berumur antara dua hingga 72 tahun.

“Mereka merupakan tahanan dari empat Depot Imigresen di Sabah iaitu Depot Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau, yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar ke negara asal,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurutnya, pemindahan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) dan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

“Kesemua PTI itu dihantar pulang ke negara asal secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka Indonesia dari Pelabuhan Tawau, pada Khamis, yang dilaksanakan dengan iring-kawal masuk sehingga ke dalam Feri Francis Express dan Feri Purnama Express,” katanya.

Tambahnya, setakat tahun ini, jumlah keseluruhan warga asing yang sudah dipindahkan melalui pintu udara dan laut adalah seramai 5,048, termasuk 1,783 rakyat Indonesia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekerapan program pemindahan warganegara Indonesia yang dilaksanakan oleh JIM Sabah adalah tertakluk dengan kerjasama daripada pihak KJRI Kota Kinabalu dan KRI Tawau.

Kerjasama tersebut, katanya, termasuk mempercepatkan proses dokumentasi bagi tahanan dan mengeluarkan dokumen perjalanan (SPLP – Sijil Perjalanan Laksana Pasport) untuk tahanan.

Katanya, operasi itu juga merupakan sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh negeri.

SH Sitti Saleha berkata, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI selepas mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara, serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.