24 maut akibat musim sejuk di Afghanistan

16 Jan 2023 • 8:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KABUL: Sekurang-kurangnya 24 orang mati kesejukan termasuk empat kanak-kanak di pelbagai wilayah di Afghanistan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Tolo news pada Isnin.

Menurut saluran media itu, empat kanak-kanak maut di wilayah barat laut Badgis, manakala empat gelandangan di barat Herat, lima orang di wilayah tenggara Khost dan 10 di wilayah utara meninggal dunia.

Sementara itu, beratus-ratus orang dimasukkan ke hospital akibat menghidap hipotermia.

Beribu-ribu haiwan mati akibat cuaca sejuk yang melanda negara itu.

Sebilangan besar rakyat Afghanistan yang berpendapatan rendah tidak mampu membeli kayu dan arang batu pada musim sejuk.

Masalah pengangkutan disebabkan cuaca buruk menyukarkan agensi kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved