24 rumah libatkan 74 penduduk terjejas teruk akibat ribut di Pendang

2 Nov 2023 • 9:36 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PENDANG Sebanyak 24 rumah membabitkan 74 penduduk terjejas teruk terutama pada bahagian bumbung akibat kejadian ribut di Mukim Air Puteh di sini, petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang, Yuslina Yusoff berkata kejadian pada 4.30 petang itu menyebabkan bumbung rumah terutama di Taman Sri Delima, Jalan Jenun, diterbangkan angin.

"Sebaik menerima aduan, anggota bertugas bergegas ke lokasi dan mendapati kejadian itu melibatkan 72 mangsa di Taman Sri Delima dan dua di Kampung Pulau Machang.  

"Pemantauan kemudian dilakukan di lokasi kejadian dan didapati tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yuslina berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan mangsa kini menumpang di rumah saudara terdekat.

Beliau berkata ribut turut menyebabkan beberapa pokok tumbang berhampiran Klinik Kesihatan Pendang dan Perumahan Keda Asam Jawa di sini, hingga menghalang lalu lintas. - 2 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved