248 mangsa masih hilang di perairan Pantai Timur

29 Jul 2026 • 12:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 248 mangsa masih hilang di perairan Pantai Timur

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan seramai 248 mangsa yang masih gagal ditemui selepas dikhuatiri lemas di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 21 tahun lalu.

Pengarah APMM Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 634 operasi mencari dan menyelamat di perairan ketiga-tiga negeri Pantai Timur itu untuk mengesan mangsa terlibat.

Katanya, sepanjang tempoh bermula 2005 itu, seramai 1,953 mangsa yang terlibat dalam pelbagai insiden di laut dengan 1,545 daripadanya dapat diselamatkan manakala 160 lagi ditemukan meninggal dunia.

“Selebihnya iaitu seramai 248 mangsa masih gagal dijumpai sehingga ke hari ini. Statistik itu membuktikan operasi mencari dan menyelamat di laut masih berdepan cabaran besar sekali gus menuntut tahap kesiapsiagaan tinggi selain kerjasama berterusan antara semua agensi penyelamat.

“Sehubungan itu, latihan seperti Search and Rescue Exercise (Sarex) Jong Semerak 2026 amat penting bagi memastikan setiap agensi sentiasa bersedia bertindak balas pantas, cekap dan berkesan apabila berdepan sebarang insiden kecemasan di laut,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sarex Jong Semerak 2026 yang berlangsung selama dua hari di perairan Tok Bali dan Semerak di sini hari ini.

Mazlan berkata, Sarex Jong Semerak 2026 yang diselaraskan oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan bersama APMM Kelantan menjadi platform penting untuk menguji keberkesanan prosedur tetap operasi mencari dan menyelamat maritim mengikut standard Agensi Pengurusan Bencana Negara. – KOSMO! ONLINE

The post 248 mangsa masih hilang di perairan Pantai Timur appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved