25 sukarelawan UM sertai program CSI

18 Aug 2022 • 9:55 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Seramai 25 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaya (UM) menyertai program Community Serve Indigenous (CSI) di Kampung Keeb dan Kampung Dawoi, Sungai Siput, Perak, baru-baru ini.

Program anjuran Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) itu adalah program fizikal pertama pasca pandemik Covid-19 dan ia bertujuan memberi peluang peserta berinteraksi dan menghulur bantuan kepada komuniti minoriti dan terpinggir.

Wakil sukarelawan program tersebut, Megat Shazril Aiman Megat Shahriman berkata, majoriti penduduk di situ terdiri daripada suku Temiar dan Semai.

Mereka telah menyertai pelbagai aktiviti antaranya membaca dan mewarna, gotong royong, sukan, memasak dan acara kesenian.

image is not available

image is not available

“Walaupun kesemuanya tinggal jauh dari bandar, tetapi mereka cukup sporting dan bagus. Masing-masing sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

“Yang paling menggembirakan apabila penduduk kampung mempersembahkan tarian sewang yang sangat unik dan memberi peluang kepada kami mempelajari alat muzik sewang daripada mereka yang pakar,” jelasnya.

image is not available

Akhir sekali, sukarelawan program begitu teruja apabila tempat penginapan mereka sangat istimewa kerana dibina khusus daripada buluh dan kayu bertam.

Malah, semua peserta sangat seronok apabila turut dibawa ke lokasi menarik di persekitaran kampung, termasuklah Air Terjun Lata Tengkoh Penyel di Kampung Pendeq yang mempunyai ketinggian 50 meter dan pemandangannya yang sangat indah.

image is not available

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok