25 tahun tunggu kelahiran bayi perempuan, suami meninggal ketika zuriat usia sebulan

LocalFamily & Parenting
7 Jan 2025 • 5:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
kelahiran bayi perempuan

Kegembiraan meraikan kelahiran bayi perempuan sendiri rupanya tidak lama apabila suami tersayang meninggal dunia ketika zuriat belum cukup usia sebulan.

image is not available

Meninggal selepas 27 hari kelahiran bayi perempuan

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pengguna media sosial dikenali sebagai Suri Hati apabila meminta orang ramai yang ada di dalam kumpulan Facebook Edit Apa Hari ini untuk membantunya menyunting wajah allahyarham suami dan anak mereka yang kini sudah berusia 5 tahun.

image is not available

Suami sangat menanti kelahiran bayi perempuan mereka

Ujar Suri Hati, dia dan suami telah berkahwin selama 25 tahun, namun lelaki itu meninggal dunia kira-kira 27 hari selepas kehadiran cahaya mata perempuan mereka.

Dia yang mengenang kembali cerita lima tahun lalu meminta jasa orang ramai untuk menyunting gambar mereka bertiga agar anak perempuannya mempunyai satu potret bersama bapa tersayang sebagai kenang-kenangan.

“5 tahun arwah suami pergi meninggalkan kami. Waktu itu Puteri Delisha masih dalam pantang 27 hari.

Tak sempat dia mengenal papanya. Satu-satunya puteri yang arwah suami tunggu selama 25tahun. Bila dia lahir Allah ambil pula papanya,” tulis wanita berkenaan.

image is not available

Anak perempuan sebiji wajah arwah suami

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian apabila ramai yang membantu menyunting gambar keluarga kecil itu sewaktu anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun berkonvokesyen.

Netizen juga mendoakan agar kanak-kanak terbabit membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada orang tua.

image is not available

Ada yang kisah hampir sama

image is not available

Semoga anak membesar jadi insan berguna

image is not available

Difahamkan, sepanjangan 25 tahun berumah tangga, wanita itu turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki sebelum kelahiran puteri tunggal mereka.

Semoga roh allahyarham suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan anak-anak yang ditinggalkan membesar menjadi insan yang berguna buat keluarga.