250,248 pelanggan Unifi Mobile terjejas pelanggaran data

30 Dec 2022 • 7:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Telekom Malaysia (TM).

SHAH ALAM - Telekom Malaysia (TM) memaklumkan 250,248 pelanggan Unifi Mobile telah terjejas dalam pelanggaran data pada 28 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, TM berkata, pihak yang terjejas dalam pelanggaran itu melibatkan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, ia melibatkan nama pelanggan, nombor telefon dan e-mel manakala tiada maklumat lain yang dilanggar.

"TM mengesahkan bahawa pelanggaran itu telah dibendung dan mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan impak potensi kepada 250,248 pelanggan ini.

"Pelanggan tertentu yang terjejas telah dimaklumkan. Pelanggan yang tidak menerima sebarang pemberitahuan tidak terjejas.

"TM juga telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan iaitu Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya pada Jumaat.

Tambah TM, walaupun langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan untuk mengasingkan risiko dan melindungi pelanggan, mereka tidak mengalami sebarang gangguan perkhidmatan dalam kejadian ini.

"TM sedang memantau keadaan dengan teliti dan menjalankan penilaian tambahan.

"Kami nasihatkan pelanggan untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima komunikasi daripada pihak yang tidak dikenali di samping bagi menjamin maklumat dalam talian pada setiap masa," katanya.

Tegas TM, privasi dan keselamatan pelanggan kekal menjadi keutamaan pihaknya serta mengambil perkara sedemikian secara serius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved