250 meter kabel KTMB dicuri, kos baik pulih cecah RM330,000

LocalBusiness & Finance
19 Sep 2026 • 11:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 250 meter kabel KTMB dicuri, kos baik pulih cecah RM330,000

PETALING JAYA – Kira-kira RM330,000 dibelanjakan bagi menampung kos baik pulih sistem dan membaiki kerosakan akibat kesan kecurian 250 meter kabel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan Kuala Kubu Bharu–Batang Kali pada 24 Februari lalu.

Jika dibuat perbandingan, hasil jualan kabel dicuri itu dianggarkan sekitar RM12,500 dijual di pasaran besi buruk.

Menerusi perkongsian KTMB di media sosialnya, lebih membimbangkan, kerosakan kabel sistem persemboyanan boleh menjejaskan pengesanan tren.

“Demi keselamatan, operasi perlu diperlahankan dan dikendalikan dengan lebih berhati-hati menyebabkan kelewatan serta gangguan kepada penumpang.

“Belum lagi dikira kos pembatalan perkhidmatan, pampasan dan masa ribuan pengguna yang terjejas.

“Yang dicuri bukan sekadar kabel. Masa dan perjalanan orang ramai turut terjejas. 250 meter kabel. RM12,500 nilai curian, RM330,000 kos baik pulih,” katanya.

Image from: 250 meter kabel KTMB dicuri, kos baik pulih cecah RM330,000
Maklumat dikongsikan KTMB berhubung kesan kecurian kabel.

KTMB turut berkongsi maklumat yang memetik sumber Jabatan Persemboyanan dan Komunikasi berhubung kabel yang menjadi sasaran pencuri tersebut.

“Tembaga yang menjadi sasaran pencuri kerana mempunyai nilai jualan dan boleh dijual sebagai besi buruk.

“Nilainya tinggi sebab semua tu guna tembaga, logam yang sekarang boleh cecah RM50 sekilogram untuk gred A,” katanya.

Menurut KTMB, kebiasaannya kabel curi akan dibawa ke kedai besi buruk atau premis barang lusuh untuk dijual sebagai logam terpakai.

“Kedai besi buruk pun main peranan besar. Walaupun undang-undang jelas, tetapi masih ada yang sanggup beli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 250 meter kabel KTMB dicuri, kos baik pulih cecah RM330,000 appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved