“26 Hari Bulan Nanti Saya Balik La” – 9 Bulan Hilang, Tunang Pernah Dua Kali Mimpi Arwah

26 Jul 2022 • 12:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Teka teki mengenai kehilangan Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain sejak 29 Oktober tahun lalu akhirnya terjawab apabila jasadnya ditemui pada Sabtu.

Memetik laporan Berita Harian, mayatnya ditemui di dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang tenggelam dalam Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang.

image is not available
Poster kehilangan mangsa.

Tunang Allahyarham Muhammad Iman Aqmar iaitu Nurfaizah Mahadi bersyukur arwah ditemui selepas 9 bulan hilang.

Dia yang sepatutnya berkahwin dengan arwah pada Disember lalu reda di atas ketentuan Allah SWT.

image is not available
Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Selama penantian 9 bulan itu, wanita ini pernah dua kali bermimpi mengenai tunangnya. Katanya lagi, dia bermimpi berjumpa arwah awal tahun ini.

Saya ada mimpi dua kali bertemu arwah, dalam mimpi pertama saya tanya dia, awak pergi mana? Tetapi dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur.

Kali kedua saya bermimpi saya dapat menghubungi arwah dan dia angkat. Saya bertanya dalam mimpi itu, awak di mana? Semua orang mencari awak. Arwah cakap saya ada sini dalam 26 hari bulan nanti saya balik la.

Penemuan arwah adalah jawapan yang paling ditunggu-tunggu Faizah sejak arwah gagal dihubungi 29 Oktober tahun lalu.

Muhammad Iman Aqmar selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih Pasir Gudang awal pagi tadi.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.