26 motosikal penuntut UniMAP musnah terbakar: KPT mahu siasatan terperinci dilakukan

12 May 2024 • 8:40 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada UniMAP susulan insiden itu. 

"Semoga semua yang terlibat tabah dan KPT akan memastikan segala perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya," katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Hari ini media melaporkan sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

Zambry berkata beliau juga dimaklumkan bantuan segera telah diberikan oleh UniMAP bagi tujuan kebajikan dan penempatan sementara kepada pelajar yang terlibat, termasuk dari segi urusan barangan keperluan dan makanan.

"Bangunan yang menempatkan asrama pelajar ini telah dikosongkan dan UniMAP telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan," katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pelajar yang terlibat supaya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumat terkini daripada universiti. - 12 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved