
Kota Kinabalu: Sebanyak 26 pasukan dari Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat mengambil bahagian dalam Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Piala Upko 2023 bagi zon A sempena sambutan Hari Malaysia yang berakhir di Padang Dudan, Kampung Piasau, Kota Belud pada Jumaat lalu.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Presiden Upko Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian itu memuji usaha Exco Pemuda Upko atas kejayaan kejohanan itu.
Beliau berkata selain mencungkil bakat mentah dalam bola sepak, kejohanan itu juga membantu menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dengan juara menerima hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua (RM700), ketiga (RM500) dan keempat (RM300).
Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang berkata kejohanan itu diadakan bagi menyemai semangat pembentukan Malaysia kepada generasi muda.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Kita mahu belia dan generasi baharu hari ini memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara kita,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah setiausaha politik Ewon, Carl Moosom, ketua pemuda Upko Kota Belud, Jolyheme Saran, ketua bahagian Upko Kota Marudu, Jamil Majingkin dan ketua pemuda Upko Kudat, Edbery Kohiya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


