
BEAUFORT: Terdapat kira-kira 26 sekolah berskala 7 (tidak selamat) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan dimasukkan ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk penambahbaikan.
Adunnya, Datuk Ruslan Muharam berkata, ia perlu kerana rata-rata kondisi sekolah-sekolah terlibat sudah ‘uzur’ kerana sudah terlalu lama dan perlukan perhatian segera kementerian terlibat.
Menurutnya, terdapat beberapa sekolah masih menggunakan bangunan dari papan kayu malah sudah didirikan sejak 50 tahun lalu dan dikhuatiri insfrastrukturnya sudah tidak selamat.
“Sebahagian besar senarai sekolah skala 7 di kawasan ini sebelumnya sudah pun dimasukkan RMK12 namun hingga sekarang belum ada apa-apa tindakan menyebabkan kita membawa semula ke RMK13,” katanya.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Restu Ilmu Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, di sini, Rabu.
Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, terdapat dua lagi sekolah yang dikenalpasti skala 7 untuk dimasukkan ke RMK13 iaitu SMK Gadong dan SK Lupak.
Mengulas lanjut beliau berkata, selain sudah berusia lama, struktur bumbung salah satu bangunan di kedua-dua buah sekolah terbabit pernah diterbangkan angin ribut sebelum ini hingga menjejaskan PnP pelajar.
“Justeru, saya berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat membuat penilaian segera terhadap dua sekolah ini bagi membolehkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort menyediakan laporan untuk dibawa ke RMK13.
“Pada masa sama, saya juga akan berbincang dengan Ahli Parlimen Sipitang (Datuk Matbali Musah) agar menyuarakan perkara ini pada sidang Parlimen akan datang bagi memastikan kementerian terlibat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Ruslan berkata, persekitaran sekolah yang selesa, selamat dan kondusif bukan saja akan memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga guru-guru yang berkhidmat di sekolah terbabit, sekaligus menyumbang kepada jumlah pelajar cemerlang.
Katanya, ramai pelajar cemerlang di DUN ini namun pihaknya mensasarkan lebih banyak yang mendapat keputusan baik akan tetapi usaha ini akan terganggu sekiranya ada bilik darjah tidak dapat digunakan disebabkan beberapa faktor keselamatan.
“Ini akan menjejaskan pembelajaran anak-anak sedangkan guru-guru sudah bersemangat untuk mengajar. Oleh itu, saya harap mana-mana sekolah daif dinaiktaraf demi melahirkan ramai pelajar cemerlang selari dengan slogan ‘Lumadan Sejahtera’,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
