27 Aktivis GSF Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

WorldPolitics
6 Oct 2025 • 12:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

27 Aktivis GSF Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

Kira-kira 27 warganegara Greece yang ditahan di Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan akan pulang ke tanah air hari ini, lapor AFP.

Kenyataan Kementerian Luar Greece memaklumkan, delegasi kedutaan negara itu telah melawat kesemua 27 aktivis yang terlibat dalam misi berkenaan di penjara.

“Kesemuanya disahkan berada dalam keadaan sihat dan menerima sokongan yang diperlukan,” ujar kementerian itu.

Menerusi kenyataan lagi, pesawat khas yang membawa mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon ke Athens, pada Isnin.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan.

Tentera laut Israel dilapor menyekat flotila itu pada hari Rabu lalu, dengan seorang pegawai Israel mengesahkan bahawa lebih 400 penumpang dihalang daripada sampai ke wilayah Palestin.

Sumber: AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved