27 pelajar sekolah maut dihempap bumbung

15 Oct 2026 • 5:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 27 pelajar sekolah maut dihempap bumbung

ISLAMABAD –  Seramai 27 murid dan seorang guru terbunuh hari ini selepas bumbung sebuah sekolah runtuh di bandar Peshawar, barat laut Pakistan, demikian  menurut beberapa pegawai hospital.

Asim Khan dari Hospital Lady Reading di Peshawar mengesahkan angka korban tersebut kepada AFP, sambil berkata, lebih 30 orang cedera, dengan enam daripada mereka dipercayai  kritikal.

Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan  wilayah Khyber Pakhtunkhwa memberitahu, pelajar  sekolah dihempap dan terperangkap selepas bumbung itu runtuh.

“Apabila pasukan tindak balas kecemasan Rescue 1122 tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sebuah bumbung runtuh ke atas bumbung yang lain, menyebabkan bilik darjah di bawahnya dihempap dengan kanak-kanak di dalamnya terperangkap.

“Terdapat kebimbangan lebih ramai kanak-kanak mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan,” kata jurucakap Bilal Ahmad Faizi  sambil menambah, 16 ambulans dan  dua kenderaan tindak balas bencana bersama lebih 60 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Imej yang dikeluarkan oleh perkhidmatan kecemasan menunjukkan petugas penyelamat bertungkus-rumus mengalihkan sisa runtuhan, serpihan dan tanah.

Wartawan AFP pula melihat berpuluh-puluh  orang berada di lokasi kejadian.

Penduduk tempatan, Sher Ahmed berkata, dia menyalahkan ‘bahan binaan tidak mengikut piawaian’ sebagai punca tragedi dan menggesa  siasatan dijalankan. – AFP

 

The post 27 pelajar sekolah maut dihempap bumbung appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved