
PASIR MAS - Semua 27 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sepanjang Sungai Golok dan 10 buah balai polis di Kelantan dinaiki air sedalam lebih satu meter pada Sabtu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua pos PGA itu terletak di sepanjang Sungai Golok dari Tumpat hingga ke Rantau Panjang.
"Balai polis pula, enam di Pasir Mas, dua di Tumpat, dan dua di Kota Bharu.
"Anggota PGA kini membuat kawalan sempadan menggunakan bot," katanya semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL


