27 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur

8 Jun 2026 • 8:42 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Keadaan rumah-rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu yang menjejaskan 130 keluarga.

Sebanyak 27 buah rumah milik penduduk di Kampung Cina, Gok Kapur di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku hari ini, melibatkan kira-kira 130 keluarga.

Memetik laporan Utusan, Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zazuki Shafei berkata, daripada 45 buah rumah yang terdapat di kawasan tersebut, sebanyak 27 rumah tidak dapat diselamatkan manakala 18 lagi berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Beliau berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Sebelum ini, laporan awal memaklumkan hanya 10 buah rumah terlibat sebelum jumlah sebenar disahkan meningkat kepada 27 buah rumah.

Baca juga:
https://www.tiktok.com/@arbudak.agro/video/7648913834572385554?_r=1&_t=ZS-972V4Gkn6ft

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Datuk Dr. Izani Husin memaklumkan bahawa pihaknya akan membuka Tabung Kecemasan Kebakaran Gok Kapur dalam masa terdekat bagi membantu mangsa yang terjejas.

Menurutnya, beliau turut meninjau lokasi kejadian dan bertemu mangsa yang kehilangan tempat tinggal serta harta benda akibat kebakaran tersebut. Beliau menyeru orang ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

The post 27 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved