270 ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara Beaufort

10 Feb 2025 • 8:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Seramai 190 mangsa banjir di kawasan ini telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya yang baru diaktifkan setakat Sabtu.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, manakala jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Selagon telah meningkat seramai 270 orang susulan hujan berterusan sejak lima hari lalu.

Advertisement“Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat ini (Sabtu) yang dipindahkan ke PPS Dewan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya dan PPS Selagon mencapai 460 orang dan jumlah ini dijangka meningkat.

“Ia susulan usaha pemindahan penduduk yang terjejas masih diteruskan oleh agensi terlibat ekoran paras air Sungai Padas yang semakin meningkat disebabkan hujan lebat beberapa hari ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa penyerahan bantuan makanan dan tinjauan kawasan banjir yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort, Nazri Ajun.

Mengulas lanjut, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan berkata, sebanyak 1,062 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas banjir di kawasan DUN itu. Menurutnya, bantuan diagihkan kepada penduduk di tiga zon iaitu Zon Bukit Selatan, Zon Bangkalalak dan Zon Suasa yang terperangkap kerana jalan raya utama terputus ekoran banjir yang berlaku.

Advertisement“Agihan bantuan bakul makanan ini akan diteruskan di hari-hari seterusnya di zon lainnya selepas ini bagi memastikan penduduk yang terjejas tidak terputus bekalan makanan,” katanya.

Dilaporkan, daerah Beaufort, Tambunan dan Keningau telah diisytiharkan kawasan bencana banjir Jumaat lalu susulan hujan lebat berterusan hingga paras air di sungai masing-masing berada di tahap bahaya.