275 penerbangan Jepun batal akibat Taufan Dujuan

WorldEnvironment
21 Sep 2026 • 2:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 275 penerbangan Jepun batal akibat Taufan Dujuan

TOKYO: Taufan Dujuan menyebabkan sekurang-kurangnya 275 penerbangan di Jepun dibatalkan hari ini, selain mencetuskan amaran hujan lebat yang berpotensi mencatat rekod ketika ribut itu menghampiri Tokyo.

Taufan berkenaan turut membawa angin kencang, menyebabkan pameran perdagangan permainan video terbesar dunia di ibu negara ditutup lebih awal, selain mengakibatkan ribuan isi rumah terputus bekalan elektrik.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Ahad memberi amaran hujan dan angin dijangka bertambah buruk sebelum taufan itu tiba.

“Jumlah hujan sehingga Selasa boleh melebihi purata hujan bulanan bagi September, sekali gus menyebabkan hujan lebat yang memecahkan rekod,” menurut agensi itu.

Kelajuan angin taufan mencecah 144 kilometer sejam ketika ia berada kira-kira 110 kilometer dari Hachijojima, antara pulau paling jauh di bawah pentadbiran Tokyo.

Lebih 4,000 isi rumah di Chiba, bersebelahan Tokyo, terputus bekalan elektrik, manakala JMA dan pihak berkuasa tempatan memberi amaran mengenai hujan lebat serta risiko tanah runtuh.

Japan Airlines membatalkan 120 penerbangan domestik dan 15 penerbangan antarabangsa, manakala All Nippon Airways membatalkan 140 penerbangan domestik.

Pengendali kereta api di Tokyo dan kawasan sekitarnya turut menggantung perkhidmatan di beberapa laluan.

Tokyo Game Show, antara pameran perdagangan permainan video terbesar dunia yang bermula Khamis lalu, turut dibatalkan semalam pada hari terakhir acara itu.

Festival muzik luar dan perlawanan besbol yang dijadualkan berlangsung di Chiba turut dibatalkan.- AFP

The post 275 penerbangan Jepun batal akibat Taufan Dujuan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved