
Kota Kinabalu: Sejumlah 28,940 syarikat berdaftar di Sabah untuk melaksanakan e-Invois yang bertujuan memperkukuhkan sistem percukaian.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL), Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, untuk fasa pertama terdapat sebanyak 260 syarikat berdaftar di negeri ini.
“Fasa tersebut bermula 1 Ogos 2024 iaitu pelaksanaan mandatori bagi perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan RM100 juta setahun.
“Manakala, fasa kedua pula pada 1 Januari 2025 melibatkan 680 syarikat berdaftar dengan pendapatan atau jualan tahunan RM25 juta sehingga RM100 juta.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Bagi fasa ketiga, terdapat 26,800 syarikat berdaftar di Sabah terlibat dan terdapat dua pilihan mekanisme penghantaran e-Invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai sama ada melalui Portal MyInvois atau Application Programming Interface (API),” katanya selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Rabu.
Abu menjelaskan, statistik e-Invois yang berjaya diterima HASiL sehingga 6 Ogos 2024 di seluruh negara adalah sebanyak dua juta transaksi melibatkan 2,500 pembayar cukai, dan daripada jumlah tersebut, Sabah merekodkan 18,000 transaksi.
“Sebagai usaha membantu pembayar cukai untuk melaksanakan e-Invois secara menyeluruh, HASiL akan memastikan sesi libat urus dan seminar bersama pembayar cukai dilaksanakan secara aktif dalam tempoh ini.”
“Kita juga akan mengadakan taklimat melibatkan lebih seribu peniaga untuk menerangkan inisiatif e-Invois demi meningkatkan pematuhan dan mengurangkan ketirisan cukai,” ujarnya.
Abu turut memaklumkan secara keseluruhannya, bilangan pembayar cukai yang telah mengakses Portal MyInvois setakat ini adalah sebanyak 47,600.
Turut hadir, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Sabah, Azrul Hisham Shamsudin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Shaharrudy Othman.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

