
KUALA LUMPUR - Seramai 28 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dekat sini pada Sabtu.
Sebentar tadi, Perdana Menteri Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jemaah Menteri pada Sabtu.
Kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 1 pada pukul 2.37 petang.
Menerusi pengumuman pada malam Jumaat, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dilantik menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ahmad Zahid turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah turut diamanahkan terhadap Kementerian Perladangan dan Komoditi.

