280 kes baharu Covid-19, tujuh kematian dicatat

21 Jan 2023 • 8:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 280 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 280 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tujuh kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Angka baharu itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,930 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,355 kes, dengan 9,957 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 382 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 16 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 300 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,986,943 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved