29 ekor ular sawa bersarang dalam longkang restoran

LocalEnvironment
8 Aug 2024 • 9:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 29 ekor ular sawa ditemukan di dalam longkang di Seksyen 20, di sini, pada Rabu.

SHAH ALAM - Sebanyak 29 ekor ular sawa ditemukan dalam saluran longkang di sebuah restoran di Seksyen 20 di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu pada jam 9.56 malam.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam saluran longkang sebelum memulakan kerja mengeluarkan reptilia itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota menggunakan alat penjerut dan berjaya menangkap 29 ekor ular terbabit.

"Ular tersebut kemudian dilepaskan di tempat yang selamat, sebelum anggota berkenaan pulang semula ke balai Bomba," katanya.